1.0 KAUNSELING
Agensi Dadah Kebangsaan (1997) menyatakan bahawa kaunseling merupakan kaedah utama yang digunakan dalam usaha memulihkan penagih. Melalui kaunseling,seseorang penagih akan dibantu membina kemahiran mengurus tekanan atau coping skill serta mencapai self – mastery dalam penyesuaian diri dan penyelesaian masalah supaya masalah personaliti yang dialami dapat diatasi seterusnya menggalak dan mendorong mereka untuk membina gaya hidup sihat.
2.0 PENDEKATAN FARMOKOLOGI
Pendekatan farmakologi bergantung kepada ubat-ubatan atau dadah untuk menyekat kesan euforik, ataupun mengurangkan kegianan serta slmptom putus dadah (withdrawl symptoms) semasa dadah digunakan. Salah satu ubat atau dadah gantian ialah methadone, seperti yang dihuraikan sebentar tadi yang lazimnya digunakan untuk menyekat enforia dadah seperti heroin, morfin, kodein serta dadah opiate lain di samping menekan simptom putus dadah serta kegianan yang lazimnya dialami di antara dos yang diambil seperti mana yang dicadang oleh Dr. Dole dan Dr. Nyswander. Pendekatan farmakologi dengan menggunakan MM boleh bertahan untuk beberapa tahun hinggalah ke tahap sepanjang hayat dengan penggunaan yang terkawal.
3.0 PENDEKATAN TINGKAH LAKU
Pendekatan tingkah laku pula mempunyai pelbagai jenis, bertitik tolak daripada psikoterapi berasaskan kontingensi, terapi kognitif, terapi berasaskan TC, terapi tingkah laku-kognitif (CBT) dan beberapa yang lain. Ia juga merangkumi latihan kemahiran dan pekerjaan (Occupational & Work Therapy), pelbagai pendekatan kaunseling daripada kaunseling individu yang berstruktur, hinggalah kepada kaunseling keluarga, dan kaunseling kelompok yang tidak begitu berstruktur.
No comments:
Post a Comment