Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah atau nama ringkasnya SMKTAJ / STAJ, ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pandamaran, Klang, Selangor.
Kini setelah 49 tahun SMKTAJ bertapak di Pelabohan Klang, banyak perubahan yang dialami sama ada dari aspek pembangunan fizikal, pembangunan sahsiah dan bidang akademik serta kokurikulum. Pada tahun 2011, SMKTAJ menjadi sekolah yang mempunyai murid paling ramai di kawasan Pelabohan Klang dengan bilangan pelajar berjumlah 2277 orang (setakat Februari 2011) dan bilangan guru seramai 125 orang.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), sekolah ini menerima bangunan tambahan yang meliputi dewan sekolah dan blok bengkel untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Pada tahun 1966, sebuah sekolah ditubuhkan di kawasan Pelabohan Klang yang diberi nama Sekolah Menengah Lapangan Terbang Lama Port Swettenhamdan menumpang di Sekolah Menengah Perempuan Raja Zarina.
Bermula April 1972, sekolah ini menerima bangunan baru yang terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Lelaki Dato' Hamzah dan dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Pelabohan Klang.
Pada 8 Jun 1974, Sultan Selangor ketika itu, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj mencemar duli merasmikan sekolah ini. Dengan perkenan baginda, sekolah ini dikurniakan nama Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah sempena nama bonda baginda
Pengetua yang pernah berkhidmat :
- Encik Aziz bin Khusrin (1966 - 1978)
- Encik Mohd. Ropi bin Jahis (1978 - 1982)
- Encik Zorkarnain bin Abdul Rahman (1982 - 1 bulan)
- Tuan Haji Ghaffar bin Sareh (1982 - 7 bulan)
- Encik Mohd Isa bin Abu (1995 - 1998)
- Puan Zaharah binti Che Ahmad (1998 - 2003)
- Encik Mohamad Dzur bin Abdul Rahman (2003 hingga 2011)
- PUAN NOOR MALA BINTI HAMZAH (2012 hingga kini)
Pencapaian
Perkara | Pencapaian |
---|---|
Kejohanan Bola Sepak MSSD Klang | Naib Johan L18 |
Boling Tenpin MSSD Klang | Johan (Darren) & Naib Johan (Ivan) |
Kejohanan Sepak Takraw MSSD Klang | Johan |
Pertandingan Kawad Kaki NGO Puteri | Johan Daerah Klang (2007,2009-2011)
Johan Peringkat Negeri (2009)
|
Pertandingan Kawad Kaki NGO Putera | Johan Daerah Klang (2008,2009,2011)
Johan Peringkat Negeri & Kebangsaan (2008,2009)
|
Ragbi MSSD Klang | Naib Juara |
Kejohanan Bola Sepak MSSS | Johan |
Kejohanan Ragbi MSSS | Naib Johan Bowl |
Kejohanan Ragbi Antarabangsas SEMASHOR 2010 | Johan Shield |
Kejohanan Ragbi Antarabangsa Iskandar Malaysia 10 | Separuh Akhir |
Kejohanan Sepak Takraw - Berpasukan | Johan |
Lagu sekolah
Alamat
Sekolah Tengku Ampuan Jemaah,
Serba indah dan megah,
Murid bersatu berbilang bangsa,
Ingin maju dan jaya.
Satu hala satu cita,
Akan terus berusaha,
Dengan bimbingan guru semua,
Untuk nusa dan bangsa.
Sekolah Tengku Ampuan Jemaah,
Serba indah dan megah,
Murid bersatu berbilang bangsa,
Ingin maju dan jaya
Lagu: Subbian Mohd Sharif
Lirik: Abdul Aziz Khusrin/Subbian Mohd Sharif
Gubahan Semula : Sajali Subari
Alamat
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah
Jalan Pandamaran
42000 Pelabohan Klang
Selangor Darul Ehsan
Telefon = 0331686939
Faks = 0331687834
E-mel = bea0094_staj@yahoo.com
No comments:
Post a Comment